17 April 2012

Resdung . Apa itu Resdung ?

1 comments

Morning and Hello World ! Harini dah masok 3 hari hidung aq asik gatal2 and saket . Nak bersin tapi takleh nak bersin . Korang mesti pernah kan ? Peritnye hidong kalau takleh nak bersin . Neway, aq ade resdung sebenarnye . (tak dapat nak sahihkan sebab belum jumpa doktor) . tapi based on symptoms resdung aq dah ade symptoms tu macam berjerawat ( dekat badan ) , bersin kena habuk, selsema bila sejok . Office dahla sejok kan . So, boleh dikatakan everyday aq selsema sebab sejok . Pagi2 pon aq dah selsema .

Aq taktaw nak pergi rawatan tradisional atau moden . For me both pon ok jugak . Try due2 . Tengok mana yang berkesan . Let's see some details about resdung and cara untuk mengubatinya . I got this from akalemosi sebab blogwalking kan . Check it out guys !


Apa itu resdung??
Resdung (sinusitis) adalah radang pada lapisan rongga hidung yang memiliki beberapa pasangan iaitu frontal, ethmoid, maxillary dan sphenoif.


Tanda-Tanda Menghidap Resdung
  • Hidung selalu tersumbat
  • Lendir dari hidung dan tekak
  • Sakit atau rasa berat muka terutama kawasan diantara mata
  • Sakit tekak yang berpanjangan dan berulang
  • Demam atau rasa tidak sedap badan yang berpanjangan
  • Gejala alahan hidung seperti bersin, gatal hidung dan sebagainya



Punca Resdung

  • Alahan. Iaitu terhadap jenis makanan tertentu, habuk, parasit (demodex) dan kutu.
  • Apabila anda mengalami alahan, daging yang bertindak sebagai penapis udara didalam hidung akan membengkak. Seterusnya, ia menyebabkan pergerakan udara tak dapat dikeluarkan. Kalau udara tu tak dapat keluar, ia pastinya akan terkumpul kat dalam tu. Kesannya, kulat akan tumbuh dan kawasan dalam hidung menjadi semakin membengkak. Anda yang pernah mengalaminya pasti tahu tahap kesakitannya.
  • Struktur hidung yang tidak normal, yang mungkin diakibatkan oleh tulang hidung retak atau patah ketika kemalangan boleh menyebabkan seseorang mendapat penyakit resdung. Bagi sesetengah orang yang mempunyai struktur tulang hidung yang " senget " tidak lurus (deviated nasal septum), risiko untuk mendapat resdung adalah tinggi.
  • Kerosakan atau sakit gigi di bahagian gusi atas boleh menyebabkan resdung. Kuman atau bakteria yang berasal dari kerosakan atau sakit gigi boleh merebak dengan mudah ke rongga sinus dan menyebabkan resdung. Hal demikian kerana kedudukan gigi gusi atas amat berdekatan dengan rongga sinus. Rongga sinus yang terdapat di dalam tulang pipi (dikenali sebagai maxillary sinus) merupakan rongga yang paling kerap mendapat sinutisis akibat kerosakan gigi.
  • Di samping itu kajian menunjukkan tabiat menyelam dan menyelam di air sungai atau kolam yang kotor serta laut yang tercemar turut menyumbang dan mengakibatkan penyakit ini.
  • Lebih parah lagi, resdung ni boleh merebak ke bahagian mata. Akibatnya, anda boleh hilang deria penglihatan dan ia juga boleh menjangkiti otak.Tetapi, resdung ni tak berjangkit kat orang lain atau diwarisi oleh keturunannya.


Petua Mencegah Resdung

1. Elakkan daripada memelihara binatang berbulu kat dalam rumah seperti kucing dan arnab.
2. Jangan menggunakan sarung bantal, cadar dan selimut yang diperbuat daripada bulu binatang.
3.Ringankan tangan anda untuk membersihkan karpet/permaidani. Kalau perlu, gunakan penyedut hampagas (vacuum cleaner) yang berkualiti tinggi.
4. Kalau anda nak mengemas rumah, pakailah penutup hidung.
5. Minum air suam/mineral dengan kadar yang banyak. Bagus juga kalau anda amalkan minum sup panas.
6. Selalulah mencuci dan menjaga kebersihan muka anda.
7. Kalau anda ada alahan terhadap jenis makanan tertentu (contohnya makanan laut), janganlah makan makanan tu.





  • 05 April 2012

    Sekerol Diploma in Information Technology (Networking)

    0 comments



    Dapat sudah sekerol aq . Ngee . Bangga taw naik pentas and nama disebut . Pehh, terharu, bangga, sume ade . Berjaya jugak aq habiskan Dip dekat nun utara disana . Ingat senang ke nak hidop kat sana . Takde sape yang kenal . Tapi best . Masa konvo tu jumpe balek kawan2 . Yang bukan satu jabatan pon aq jumpe . Tapi masa terhad sangat . Takleh nak bual panjang2 just senyum je . Siyesly memang takleh nak bual pon . Layan pamily lagi kan . Sedih . And yang buat aq paling best sekali aq konvo dengan laki aq . Haa, bile lagi kan ? Anyway, enjoy ur eyes to see mee ! :D








    17 March 2012

    Handphone yang aq pernah guna . Sila tengok .

    1 comments


    Hye All, Update lagi . Kali ni aq nak cerita pasal handphone yang aq penah guna dari zaman sekolah sampai sekarang . Nak tengok ? Check it out .

    1) Nokia 3210


    Haa, ni handphone pertama yg aq guna mase zaman sekolah . Tak ingat pulak mase aq form berapa . Tak silap aq mase tahun 2004 and aq tingkatan 2 . Pehh, ketinggalan zaman mase tu . Nak buat macam mana . Ni je aq mampu guna mase tu . Tapi respect giler dengan phone ni sebab tahan taw . Tapi berat aq nak bawak . Mase ni aq da start beli nombor Maxis harga RM20 ! Sekarang RM8 dah boleh dapat . Hampeh ! >,<



    2)Nokia 3315


    Ni handphone kedua aq pakai lepas Nokia 3210 . Time pakai phone ni rase bangga sikit sebab kite dah up to date daripada kawan2 yang laen . Dulu kan housing phone boleh tukar2 kan ? Aq suke beli housing yang transparent . Nampak isi2 dalam phone yg seksi tu .


    3)Panasonic A100

    Ingat tak korang dengan phone ni dulu ? Aq dapat pakai sekejap je . Tengok je kecik . Vibrate die kalah taw . Phone ni yang buat aq saket hati sebab die kecik sangat & susah nak tekan . Tapi senang bile masok kocek . Rindu jugak nak pakai phone ni . :)


    4) Nokia 6610

    Ni handphone masa aq tingkatan 4 tak silap aq . Hikk, phone ni best sebab keypad die lembut . Haa, dengan phone ni la start amik gambar macam orang jakun . Pose sana, pose sini . Mase tu nak masuk gambar dalam MySpace pon tak tahu macam mana o,0



    5) Motorola L7i

    Handphone ni aq tabik spring . handphone ni jugakla yang paling lama aq guna . Sebab die tahan sangat . Die nipis . Keypad senang taip (bolehlah) . Aq ingat lagi phone ni guna memori Micro SD. Aq guna dari aq tingkatan 5 sampai aq masok poly umur aq 19thn . Lama kan ? Mak aq sambung pakai phone ni . Sampaila phone ni hilang disebabkan kecuaian aq sendiri . Serius rindu dengan phone ni . Terok aq nih =,=" Aq repair LCD die sebab mase tu phone ni jatuh atas jalan . Ingat lagi cas RM60 ganti LCD . Mase tu murahla . Phone ni aq paling sayang .



    6) Nokia 1209, Sony Ericsson K770i & Samsung S Plus


    Handphone ni aq still guna sampai sekarang . Tapi housing die aq tukar housing nokia 1200 sebab aq degil pi cairkan housing die guna melting glue . Sekarang ade tiga handphone so phone ni aq simpan utk buat waktu2 terdesak . Berhabuk kot . Kadang2 mak atau adik2 aq nak guna aq bagi je .




    Handphone ni aq guna untuk no Maxis . Kalau ade orang kilang call, guna phone ni la . Yang buat aq paling suke pasal phone sebab laki aq pon guna phone yg sama dengan aq . Phone ni tahan . tapi kadang2 kamera die bengong sikit . Tapi still ok . Dulu aq teringin nak phone ni warna purple . Tapi dah dapat warna hitam nak buat macam mana kan . Terima jela .




    Ini lah current handphone yang aq guna . hasil duit titik peluh aq kerja, dapatla aq beli handphone guna duti sendiri . S Plus best . Sensitif touch . Tu bagi aq la . Maybe yg laen ade pendapat masing2 .


    Ni la koleksi handphone aq mase aq sekolah dulu sampaila sekarang . Actually ade lagi .. Tapi rasenye tak penting kot sebab phone tu pakai temporary je . Macam pinjam adik ke, mak ke . ok, Done !
    http://www.emocutez.com


    I got flu~

    0 comments


    Brr ~ sejok giler dalam ofis . Aq tak demam . Tapi aq dapat flu . Papp ! adehh, dahla bersin banyak kali . plus resdung pulak tu . Hachomm ! err . excuse me .




    Kat sini aq nak kongsi macam mana nak redakan selsema batok . Aq dapat info ni daripada belog Dieyna . Try la buat cara ni . Aq pon maybe err buat kot .

    Cara 1 - Meredakan batuk

    Campurkan air limau nipis bersama kapur masakan dan sapu di kawasan bawah leher... selepas . Dengan cara ini, batuk berkurang dan mampu tidor lena hingga ke pagi.. Legaa ~

    Cara 2 - Mengeringkan selsema

    Ambil kunyit hidup, gosok pada bawah punggung lesung, ambil airnya dan campurkan bersama kapur masakan.. sapu di kawasan hidung anda.. Insya Allah, selsemanya akan berkurangan...




    Haa, amacam ? rase2 nak buat tak ? Senang je nak carik kunyit hidup . Jangan korang curah serbuk kunyit kat hidung . Kuning kang lain macam je . Tanjat boboy tengok .

    Post yang sebelum ni aq janji nak upload gambar kereta kan ? Well, full takleh . separuh jela . hikk .






    *Yang ni korang abaikan . Ofis aq sangat sejok OK . Tambah plak FLU . pehh ! *