17 April 2012

Resdung . Apa itu Resdung ?

1 comments

Morning and Hello World ! Harini dah masok 3 hari hidung aq asik gatal2 and saket . Nak bersin tapi takleh nak bersin . Korang mesti pernah kan ? Peritnye hidong kalau takleh nak bersin . Neway, aq ade resdung sebenarnye . (tak dapat nak sahihkan sebab belum jumpa doktor) . tapi based on symptoms resdung aq dah ade symptoms tu macam berjerawat ( dekat badan ) , bersin kena habuk, selsema bila sejok . Office dahla sejok kan . So, boleh dikatakan everyday aq selsema sebab sejok . Pagi2 pon aq dah selsema .

Aq taktaw nak pergi rawatan tradisional atau moden . For me both pon ok jugak . Try due2 . Tengok mana yang berkesan . Let's see some details about resdung and cara untuk mengubatinya . I got this from akalemosi sebab blogwalking kan . Check it out guys !


Apa itu resdung??
Resdung (sinusitis) adalah radang pada lapisan rongga hidung yang memiliki beberapa pasangan iaitu frontal, ethmoid, maxillary dan sphenoif.


Tanda-Tanda Menghidap Resdung
  • Hidung selalu tersumbat
  • Lendir dari hidung dan tekak
  • Sakit atau rasa berat muka terutama kawasan diantara mata
  • Sakit tekak yang berpanjangan dan berulang
  • Demam atau rasa tidak sedap badan yang berpanjangan
  • Gejala alahan hidung seperti bersin, gatal hidung dan sebagainya



Punca Resdung

  • Alahan. Iaitu terhadap jenis makanan tertentu, habuk, parasit (demodex) dan kutu.
  • Apabila anda mengalami alahan, daging yang bertindak sebagai penapis udara didalam hidung akan membengkak. Seterusnya, ia menyebabkan pergerakan udara tak dapat dikeluarkan. Kalau udara tu tak dapat keluar, ia pastinya akan terkumpul kat dalam tu. Kesannya, kulat akan tumbuh dan kawasan dalam hidung menjadi semakin membengkak. Anda yang pernah mengalaminya pasti tahu tahap kesakitannya.
  • Struktur hidung yang tidak normal, yang mungkin diakibatkan oleh tulang hidung retak atau patah ketika kemalangan boleh menyebabkan seseorang mendapat penyakit resdung. Bagi sesetengah orang yang mempunyai struktur tulang hidung yang " senget " tidak lurus (deviated nasal septum), risiko untuk mendapat resdung adalah tinggi.
  • Kerosakan atau sakit gigi di bahagian gusi atas boleh menyebabkan resdung. Kuman atau bakteria yang berasal dari kerosakan atau sakit gigi boleh merebak dengan mudah ke rongga sinus dan menyebabkan resdung. Hal demikian kerana kedudukan gigi gusi atas amat berdekatan dengan rongga sinus. Rongga sinus yang terdapat di dalam tulang pipi (dikenali sebagai maxillary sinus) merupakan rongga yang paling kerap mendapat sinutisis akibat kerosakan gigi.
  • Di samping itu kajian menunjukkan tabiat menyelam dan menyelam di air sungai atau kolam yang kotor serta laut yang tercemar turut menyumbang dan mengakibatkan penyakit ini.
  • Lebih parah lagi, resdung ni boleh merebak ke bahagian mata. Akibatnya, anda boleh hilang deria penglihatan dan ia juga boleh menjangkiti otak.Tetapi, resdung ni tak berjangkit kat orang lain atau diwarisi oleh keturunannya.


Petua Mencegah Resdung

1. Elakkan daripada memelihara binatang berbulu kat dalam rumah seperti kucing dan arnab.
2. Jangan menggunakan sarung bantal, cadar dan selimut yang diperbuat daripada bulu binatang.
3.Ringankan tangan anda untuk membersihkan karpet/permaidani. Kalau perlu, gunakan penyedut hampagas (vacuum cleaner) yang berkualiti tinggi.
4. Kalau anda nak mengemas rumah, pakailah penutup hidung.
5. Minum air suam/mineral dengan kadar yang banyak. Bagus juga kalau anda amalkan minum sup panas.
6. Selalulah mencuci dan menjaga kebersihan muka anda.
7. Kalau anda ada alahan terhadap jenis makanan tertentu (contohnya makanan laut), janganlah makan makanan tu.





  • 05 April 2012

    Sekerol Diploma in Information Technology (Networking)

    0 comments



    Dapat sudah sekerol aq . Ngee . Bangga taw naik pentas and nama disebut . Pehh, terharu, bangga, sume ade . Berjaya jugak aq habiskan Dip dekat nun utara disana . Ingat senang ke nak hidop kat sana . Takde sape yang kenal . Tapi best . Masa konvo tu jumpe balek kawan2 . Yang bukan satu jabatan pon aq jumpe . Tapi masa terhad sangat . Takleh nak bual panjang2 just senyum je . Siyesly memang takleh nak bual pon . Layan pamily lagi kan . Sedih . And yang buat aq paling best sekali aq konvo dengan laki aq . Haa, bile lagi kan ? Anyway, enjoy ur eyes to see mee ! :D